Tuesday, 18 December 2012

Pola Ayat Dasar dan Frasa


POLA AYAT DASAR DAN FRASA


POLA AYAT DASAR
1.            Pola ayat dasar adalah asas pembentukan ayat-ayat dalam Bahasa Melayu.
2.            Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat inti.
3.            Ada empat pola ayat dasar berdasarkan unsur-unsur binaan ayat:
                                                                                   
                                                                                                                           

4 POLA AYAT DASAR


Frasa Nama + Frasa Nama
(FN+FN)

Frasa Nama + Frasa Kerja
(FN+FK)
Frasa Nama + Frasa Adjektif
(FN+FA)
Frasa Nama+ Frasa Sendi
(FN+FS)
Contoh:
Ali pelajar.
Ali (FN) + pelajar (FN)
Contoh:
Ali berlari.
Ali (FN) + berlari (FK)
Contoh:
Ali tinggi.
Ali (FN) + tinggi (FA)

Contoh:
Rumah Ali di tepi sungai.
Rumah Ali (FN) + di tepi sungai (FS)

Ibu / guru.
Bapa / nelayan.
Kakak / jururawat.
Datuk / Menteri Besar.
Abang / polis.
Pakcik saya/ wartawan.
Dia/ pengemis.
Beliau/ juruterbang.

Pelajar / berlari.
Guru / mengajar.
Adik / tidur.
Lalat / terbang.
Kipas / berpusing.
Anjing/ mengejar kucing.
Nenek/ mengait baju.
Kucing itu/ mengiau.

Sekolah / besar.
Kucing / gemuk.
Gagak / hitam.
Almari / tinggi.
Pelajar / rajin.
Kambing/ hitam.
Jam/ besar.
Menara/ tinggi.
Buku / di dalam beg.
Nelayan / ke laut.
Jururawat / dari hospital.
Kuih / daripada tepung.
Surat / untuk Pengetua.
Surat itu/ kepada Ibu.






FRASA


  1. Frasa ialah unit tatabahasa yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang- kurangnya satu atau dua perkataan         yang      berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
  2. Frasa menjadi subjek atau predikat dalam binaan ayat serta menjadi konstituen atau binaan kepada klausa.


Frasa ada 4 jenis:

Frasa Nama
Frasa Kerja
Frasa Adjektif (Sifat)
Frasa Sendi Nama
Contoh:
·         Guru
·         Ibu
·         Bapa
·         Pelajar
·         Sekolah
·         Universiti
·         Kucing
·         Almari
·         Meja
·         Kipas
·         Lalat
·         Gagak
·         Hutan
·         Nelayan
·         Jururawat
·         Adik
·         Buku
·         Kuih
·         Abang
·         Datuk
·         Menteri Besar
·         Surat
·         Juruterbang
·         Pengemis
·         Wartawan
Contoh:
·         berlari
·         melompat
·         tidur
·         menangis
·         makan
·         memasak
·         mandi
·         menangkap
·         mengajar
·         terbang
·         berpusing
·         merangkak
·         memanjat
·         merayau-rayau
·         mengejar
·         mengait
·         melalak
·         mengiau
·         menunjuk
Contoh:
·         tinggi
·         rendah
·         merah
·         biru
·         gemuk
·         bulat
·         luas
·         busuk
·         degil
·         malas
·         muram
·         kacak
·         cantik
·         penat
·         baik
·         buruk
·         kecil
·         rajin
·         indah
Contoh:
·         di
·         ke
·         dari
·         daripada
·         kepada
·         pada
·         untuk
·         dalam

Subjek dan Predikat


Subjek dan Predikat
·         Subjek ialah bahagian yang diterangkan.
·         Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek.

Bil
Subjek
Predikat
Pola Ayat
1
Dia
pengetua baru di sekolah itu.
FN + FN
2
Bangunan itu
bangunan Kementerian Pendidikan.
FN + FN
3
Arif
belum makan dari semalam.
FN + FK
4
Saya
belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelapang Jaya.
FN + FK
5
Mereka
menari dengan gembiranya.
FN + FK
6
Pelajar itu
sedang bermain kejar-kejar dengan kawannya.
FN + FK
7
Rumah itu
agak besar.
FN + FA
8
Buah jambu ini
sangat manis.
FN + FA
9
Surat ini
daripada peguam ayah.
FN + FSN
10
Pokok rambutan itu
di belakang rumah.
FN + FSN

Latihan Pengukuhan
Tandakan / untuk memisahkan di antara Subjek dan Predikat dalam ayat-ayat di bawah. 
Kemudian tuliskan pola ayatnya.
Bil
Subek            /          Predikat
Pola ayat
1
Laksamana Hang Tuah terkenal dengan kelicikannya bermain senjata.

2
Andak tunduk ke lantai sambil kakinya menguis-nguis hujung tikar.

3
Latihan tatabahasa kali ini agak mudah.

4
Nelayan-nelayan itu mengandar dua bakul ikan ke jeti untuk dijual kepada peraih.

5
Tuan Puteri Lela Manja dan dayang-dayangnya sedang memetik bunga di taman istana.

6
Si Bongkok menyarungkan cincin ke jari manis tuan puteri.

7
Kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan untuk membesar.

8
Makanan ini masih elok untuk dimakan.

9
Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena Minggu Kesihatan di sekolah.

10
Bekalan makanan ini untuk adik.

11
Anak dan isteri perokok berisiko tinggi untuk mendapat kanser tekak, kanser paru-paru dan sakit jantung.

12
Banyak remaja merokok kerana meniru perbuatan ibu bapa mereka.

13
Awang Haji Tengah ketua pengurus pejabat kami.

14
“Kempen Berhenti Merokok” kurang mendapat sambutan daripada para remaja.

15
Buku tebal itu buku kesayangan saya.

16
Penceramah itu mengatakan bahawa tanganlah yang menentukan kesihatan kita.

17
Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh tubuh badan.

18
Badan kita sukar mengeluarkan toksik apabila kekurangan air.

19
Perabot rumahnya dari Itali.

20
Murid sekolah itu, belajar dari pagi hingga ke petang.

21
Harimau yang garang itu telah membaham lembu Pak Uteh yang ditambat di tepi hutan itu.

22
Hujan lebat telah menyebabkan berlakunya banjir kilat.

23
Nilai mata wang berubah-ubah mengikut pasaran semasa.

24
Kata-kata mutiara yang ditampal pada dinding sekolah membangkitkan semangat murid untuk belajar.

25
Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula boleh menjejaskan sistem imun badan.

26
Sesetengah bangunan bersejarah dijadikan muzium untuk dikunjungi oleh orang ramai.

27
Pokok periuk kera hidup di kawasan yang kurang subur di tanah tinggi.

28
Sesetengah tumbuhan tanah gambut memperoleh makanannya dengan cara memerangkap serangga.

29
Tumbuhan satu sel membentuk kumpulan besar yang dikenali sebagai alga.

30
Bulu kucing kesayangan Dolly itu sungguh lebat dan panjang.