Karya Puisi
Pantun
Majlis Pertunangan.
Wakil pihak lelaki
dan perempuan saling berbalas pantun.
|
Menjual pantun (pihak lelaki)
|
Membeli pantun (pihak perempuan)
|
|
Tumbuh betik di
tepi taman
Pokok berangan
pokok teruntum
Sungguh cantik
bunga di taman
Bolehkah gerangan
kupetik sekuntum?
|
Kalau ada kaca di
pintu
Katang-katang
berisi rempah
Kalau ada kata
begitu
Saya tatang di
hujung lidah
|
Panduan mengenali pembayang, maksud, rima, jumlah perkataan dan jumlah sukukata dalam pantun dua kerat dan empat kerat.
1. Pembayang dan maksud
|
Pantun dua kerat
|
Apabila perkataan
yang lemah lembut (Pembayang)
Lekaslah segala
orang mengikut(Maksud)
|
|
Pantun empat
kerat
|
Tenang-tenang air
di laut
Sampan kolek
mudik ke tanjung
Hati terkenang
mulut menyebut
Budi baik rasa
nak junjung
|
2. Rima pantun (abab)
Sampan kolek mudik
ke tanjung(b)
Hati terkenang
mulut menyebut (a)
Budi baik rasa nak
junjung (b)
3. Bilangan sukukata
Ha/ ti/ ter/ ke/
nang/ mu/ lut/ me/ nye/ but
1
2 3
4 5
6 7
8 9
10
10 sukukata
4. Bilangan perkataan sebaris
Budi/ baik/ rasa/
nak/ junjung
1
2
3
4 5
5 perkataan sebaris
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Aktiviti
Masukkan lirik lagu
yang dikosongkan dengan memilih perkataan yang sesuai dalam petak di bawah.
Pastikan perkataan yang dipilih memenuhi syarat pembinaan pantun yang betul
iaitu rima abab.
|
Buah kedondong di
atas peti,
Dipetik dari
pohon di ______;
Hidup berbohong
selalu _______,
Akhirnya nanti
orang tak suka.
|
Darilah Johor ke
__________,
Singgah bersiar
di kebun bunga;
Janganlah gundah
dan rasa resah sayang,
Supaya nanti
hidup ____________.
|
|
Anak kedidi di
tepi kolam,
Mandinya turun
beramai-_________;
Jagalah diri
jangan berdendam, sayang
Kita hidup aman
dan _________.
Kita berdondang
sayang
Untuk bersuka ria
Mohon diampun apa
yang kurang
Kita hiduplah
sayang
Sehati dan sekata
Ini semangat
Satu Malaysia
|
la la la la la la
la la la la la la
Sarangnya lebah
di atas batu,
Ditiup angin
terapung laju;
Senang dan susah
kita bersatu sayang,
Tolong-menolong
budaya maju.
|
|
Pilihan jawapan:
·
rugi
· ramai
· Pulau Pinang
· damai
· rimba
· bahagia
|
|
No comments:
Post a Comment