Tuesday 18 December 2012

Latihan Peribahasa Bahasa Melayu


Latihan Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu

Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan penjodoh bilangan yang sesuai.

1.       “Berapakah harga se________________  anggur ini?” tanya Puan Lim.
2.       Saya menemukan se________________  rantai emas di sini.
3.       Untuk membuat kek ini, kita memerlukan enam _______  telur.
4.       Ibu menyuruh adik membelikan dua _________  sabun.
5.       Kakak membawa se__________  payung ke pejabat.
6.       Se ___________  rumah kedai musnah dalam kebakaran itu.
7.       Beberapa ___________  cili merah ditaburkan di atas mi goreng itu.
8.       Se_____________  kerbau sedang berkubang di dalam lumpur itu.
9.       Empat puluh __________  anggota persatuan itu sedang berkawad di padang.
10.   Puan Pillay membalut luka anaknya dengan se________ kain nipis.
11.   Beberapa __________  rokok bertaburan di tepi pagar itu.
12.   Beberapa ___________  tembakan dilepaskan ke udara oleh seorang anggota polis.
13.   Puan Rani menyelitkan se__________ bunga mawar pada sanggulnya.
14.   Hazrina menulis tiga___________  pantun untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah.
15.   Ayah membeli beberapa __________  mata kail di kedai Pak Sani.
16.   Pada bahu nelayan itu, tersangkut se____________  jala.
17.   Cikgu Anisah menyuruh para pelajarnya menulis se_______  karangan.
18.   Ibu membekali adik dua ____________  roti setiap pagi.
19.   Beberapa __________  jalan akan ditutup akibat banjir kilat itu.
20.   Se_________  surat amaran telah dihantar kepada bapa pelajar yang ponteng sekolah itu.
21.   Dia sakit perut selepas makan beberapa ________ durian.
22.   Harga se______________ durian ini hanya RM20 sahaja.
23.   Setiap _________ binatang di zoo itu diberi makanan yang secukupnya.
24.   Laili memesan se__________  majalah daripada rakannya yang akan pergi ke kedai.
25.   Se_____________ tikar diletakkan di belakang pintu bilik tetamu itu.
26.   Ain memasukkan se__________ limau ke dalam minuman kegemarannya.
27.   Beberapa ___________ nasi lemak dalam bakulnya masih belum terjual.
28.   Baginya se____________ peha ayam sudah cukup untuk makanan tengah harinya.
29.   Ling memasukkan beberapa __________ ubat mata ke dalam matanya yang dimasuki habuk.
30.   Nenek mengambil se_________ pisang untuk dibuat cucur pisang kegemaran cucunya.

Pilihlan jawapannya di bawah ini:

kaki
orang
longgok
utas
titis
puntung
rawan
ketul
buku
batang
bentuk
biji
pucuk
helai
ulas
deret
gugus
potong
das
buah
rangkap
naskhah
gulung
kuntum
hiris
potong
bungkus
kawan
sikat
ekor

SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment