Kelas Pemulihan Bahasa
Motto “Menyelesaikan
masalah seawal mungkin”
Permasalahan pada persepsi ukuran, bentuk dan arah dapat
menyebabkan kesalahan dalam belajar (membaca dan menulis) bahasa dan matematik.
Jenis-Jenis Pemulihan
|
|
Pemulihan Khas
(Masalah Pembelajaran Kompleks)
|
Pemulihan Bahasa
Melayu di Bilik Darjah
(Masalah
Pembelajaran Ringan)
|
Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas
oleh guru khas yang terlatih dalam bidang ini.
Murid-muridnya terdiri daripada mereka yang yang gagal
menguasai “3M”
Dikenal pasti melalui Ujian Saringan.
|
Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik
darjah biasa oleh guru biasa.
Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran
dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.
Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta.
|
Lemah daya pemikiran abstrak
Lemah daya keseimbangan pancaindera (pengamatan/
pendengaran/ pertuturan)
Lemah dalam penerimaan konsep baru
|
Lambat menerima sesuatu pengajaran berbanding murid
lain
|
Penyakit Disleksia -: Antara
permasalahan yang timbul ialah murid:
Tidak dapat melengkapkan ayat.
Tidak dapat menyalin bentuk/ huruf/
kata/ ayat
Tidak boleh menentukan objek dari
depan/ belakang
Tidak boleh mengagak jarak atau saiz
Tidak boleh mengikuti cerita mengikut
babak
|
|
Antara Terapi pertuturan yang
boleh dibuat ialah:
‘ka’- tekan lidah ke bawah
‘ma’ ,‘na’, ‘nga’, ‘nya’ -tutup hidung
‘ta’-gigit lidah
‘la’ – sebut ‘lolipop’
|
Latih tubi bacaan boleh dibuat menggunakan buku-buku di
pasaran mengikut suku kata.
|
Perhatian
kepada guru-guru:
1. Kesabaran
amat penting semasa pengajaran. Jangan cepat marah ye…
2. Sabar
itu separuh daripada Iman…
3. Banyak
pahalanya kalau anak-anak didik kita tu dapat membaca bawah didikan kita.
|
Murid-murid pemulihan perlu dibimbing dari segi:
Persepsi tentang simbol
|
Bentuk yang sukar dibezakan
|
||||||||||
Ukuran (panjang dan pendek) / saiz (tinggi dan rendah)
|
h/n
|
a/d
|
a/g
|
u/y
|
|||||||
Bentuk (hampir sama)
|
e/c
|
g/y
|
-/+
|
||||||||
Arah (kanan/kiri), (depan/ belakang),(atas/bawah)
|
u/n
|
b/d
|
a/d
|
w/m
|
s/z
|
6/9
|
|||||
Latihan
Permainan mencari jalan keluar
Mencari benda tersembunyi
Bacaan mencari huruf AEIOU/ aeiou
dengan perbezaan warna mengikut suku kata.
Makanan Tambahan untuk murid
pemulihan:
Bagilah makan Kismis (minimum 7 biji setiap pagi)…InsyaAllah.