Thursday 20 December 2012

Kelas Pemulihan Bahasa


Kelas Pemulihan Bahasa
Motto “Menyelesaikan masalah seawal mungkin”
Permasalahan pada persepsi ukuran, bentuk dan arah dapat menyebabkan kesalahan dalam belajar (membaca dan menulis) bahasa dan matematik.

Jenis-Jenis Pemulihan
Pemulihan Khas
(Masalah Pembelajaran Kompleks)
Pemulihan Bahasa Melayu di Bilik Darjah
(Masalah Pembelajaran Ringan)
Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru khas yang terlatih dalam bidang ini.
Murid-muridnya terdiri daripada mereka yang yang gagal menguasai “3M”
Dikenal pasti melalui Ujian Saringan.
Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru biasa.
Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta.
Lemah daya pemikiran abstrak
Lemah daya keseimbangan pancaindera (pengamatan/ pendengaran/ pertuturan)
Lemah dalam penerimaan konsep baru
Lambat menerima sesuatu pengajaran berbanding murid lain
Penyakit Disleksia -: Antara permasalahan yang timbul ialah murid:
Tidak dapat melengkapkan ayat.
Tidak dapat menyalin bentuk/ huruf/ kata/ ayat
Tidak boleh menentukan objek dari depan/ belakang
Tidak boleh mengagak jarak atau saiz
Tidak boleh mengikuti cerita mengikut babak
Antara Terapi pertuturan yang boleh dibuat ialah:
‘ka’- tekan lidah ke bawah
‘ma’ ,‘na’, ‘nga’, ‘nya’ -tutup hidung
‘ta’-gigit lidah
‘la’ – sebut ‘lolipop’
Latih tubi bacaan boleh dibuat menggunakan buku-buku di pasaran mengikut suku kata.
Perhatian kepada guru-guru:
1.       Kesabaran amat penting semasa pengajaran. Jangan cepat marah ye…
2.       Sabar itu separuh daripada Iman…
3.       Banyak pahalanya kalau anak-anak didik kita tu dapat membaca bawah didikan kita.
Murid-murid pemulihan perlu dibimbing dari segi:
Persepsi tentang simbol
Bentuk yang sukar dibezakan
Ukuran (panjang dan pendek) / saiz (tinggi dan rendah)
h/n
a/d
a/g
u/y
Bentuk (hampir sama)
e/c
g/y
-/+
Arah (kanan/kiri), (depan/ belakang),(atas/bawah)
u/n
b/d
a/d
w/m
s/z
6/9













Latihan
Permainan mencari jalan keluar
Mencari benda tersembunyi
Bacaan mencari huruf AEIOU/ aeiou dengan perbezaan warna mengikut suku kata.

Makanan Tambahan untuk murid pemulihan:  
Bagilah makan Kismis (minimum 7 biji setiap pagi)…InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment